Sunday, January 11, 2009

MY CHOICE OF FIGHTER/LEADER

MY CHOICE OF FIGHTER MUST BE A LEADER IN ITS CLASS

SOFISTICATED –












AGILE –














MULTI WEAPONS –











POWERFUL –






















SUPERBLY DESIGNED -












MY CHOICE OF LEADER MUST BE THE BEST FIGHTER IN ITS CLASS


EDUCATED AND TALENTED -












ENERGETIC AND REALISTIC -





















KNOWLEDGEABLE AND INTELLIGENCE -



















STRENGTH AND DETERMINATION -























FAVOURED AND RESPECTED -





















THOSE ARE WHAT A FIFTH GENERATION FIGHTER/LEADER ALL ABOUT, THE BEST IN ITS CLASS

Saturday, January 3, 2009

Awas dengan agenda Pakatan Rakyat pembangkang (PRP) menjurus kepada keharmonian negara


Soalan apakah negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) ketika ini berada dalam aman sentosa sudah menjadi popular di kalangan orang ramai terutama di Selangor, Perak, Pulau Pinang. Di Kelantan dan Kedah agak kurang sedikit menerima umpatan ramai kerana PAS masih boleh mengawal keadaan walaupun terpaksa bermuka-muka dalam isu hukum hudud dan qisas dalam mentadbir negeri masing-masing kerana takut jatuh ke tangan BN semula.
Paling jelas nampaknya, PR tidak memberi fokus kepada manifesto mereka ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 tetapi memesongkan misi mereka kepada isu-isu melawan kandungan Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan isu yang boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu dan melawan akta kanun tanah di bawah kuasa Kerajaan Pusat.

Dalam hal ini, ada juga isu yang BN sendiri bagaikan menyokong misi PR itu terutama dalam perkara penggunaan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi. Tetapi isu itu reda setelah didapati pihak yang menyelenggara kereta itu menjadi penyebab utama ianya diselenggarakan dengan kos yang begitu mahal.

Bagaimanapun ia satu hikmah di mana terbongkarnya satu sendiket pihak swasta ‘mengerjakan’ wang rakyat melalui perkhidmatannya yang melebihi batasan. Ia sekurang-kurangnya menyedarkan bahawa kerajaan tidak boleh lepas tangan dalam apa juga urusan dengan pihak kontraktor yang memberi khidmat kepada harta benda kerajaan.

Begitu pun keadannya, Kerajaan Peak terus mengsabotaj Proton Perdana V6 Excecutive menjadikan Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri meskipun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Begitu juga dengan angkuhnya Kerajaan Perak meneruskan juga melanggar syarat Kanun Tanah Persekutuan dengan meluluskan pemberian tanah sebagai sengaja melawan kerajaan persekutuan. Semua ini memang merupakan satu agenda baru PR. Ia begitu jelas sekali.

Dari awal lagi, bila Selangor gah mengumumkan mahu menbesarkan ternakan babi dan menjadi pengeksport babi terbesar di rantau Asia ini, ia telah membangkitkan kemarahan orang Melayu yang telah menghulurkan tangan mereka memilih PKR. Sekarang, PAS pun tidak dapat mengelak diri daripada menyokong gerakan mempromosi penternakan babi di merata tempat.
Dalam pada orang Melayu yang rasa terhina dengan isu ternakan babi termasuk di Paya Mengkuang, Melaka, apakah di negeri-negeri lain memberi perhatian betapa sekarang ini penternak babi secara kecil-kecilan secara haram sudah mula membiak.

Umpamanya yang dimaklumkan oleh penduduk Muar, Johor perkara ini berlaku walaupun penduduk tempatan sudah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Muar yang tidak pun diambil tindakan lagi.

Itu di Muar, apa kata tempat-tempat lain yang belum ada yang menyebarkannya? Tumbuhan kecil-kecilan itu dikatakan sebagai usaha untuk bergabung dengan ternakan besar-besaran apabila ia dilaksanakan nanti. Tanpa sokongan penternakan kecil-kecilan, ternakan besar-besaran tidak akan menjadi. Kerajaan tempatan adalah pihak yang bertanggungjawab membantras pertumbuhan tidak sihat ini daripada terus merebak.

Begitulah juga dengan tindakan kerajaan Perak dan Pulau Pinang yang sudah mula menceroboh papan tanda jalan dengan pelbagai bahasa sebagai menghina Bahasa Melayu yang menjadi antara agenda pembangkang menggugat Perlembagaan Persekutuan di mana Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara ini.

Pelbagai cubaan dari pihak pembangkang untuk menggugat kerajaan termasuk bersekutu dengan Barisan Bertindak Hak Hindu (HINDRAF), Majlis Peguam dan yang terbaharu, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah digalakkan membuat kecoh atau berarak untuk menarik perhatian rakyat.

Walaupun kerajaan telah mengharamkan pertubuhan yang semakin aggresif seperti HINDRAF umpamanya, tetapi pertubuhan-pertubuhan seumpamanya akan terus tumbuh untuk melawan kerajaan bagi memberi sokongan kepada pembangkang untuk melemahkan kerajaan.

Ini telah memaksa Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), PERKASA, GAPENA dan macam-macam lagi pertubuhan Melayu bangkit untuk menentang. Namun suara mereka amat kecil jika dibandingkan dengan suara mereka yang lebih mendapat tempat di media aliran perdana.

Dalam pada itu, orang Melayu sendiri yang berpengaruh seperti Datuk Zaid Ibrahim, Capt (B) Zahar, PAS sendiri diantaranya yang bagaikan terheret sama dalam membantu sasaran pembangkang melaksanakan misi mereka melawan kerajaan. Mereka sanggup menjadi pembelot, pengkhianat bangsa hanya dek kerana mereka disambut untuk bersama PR melaksanakan agenda mereka.

Di mana agenda PR untuk membela rakyat yang digemburkan untuk menjadi kerajaan berhemah yang kononnya lebih adil dan lebih baik dari BN? Cubaan mereka yang tidak lagi menggambarkan satu kepimpinan berhemah tetapi lebih kepada merosakkan imej negara, maruah bangsa dan menjejaskan keharmonian dan kemakmuran negara yang kita kecap selama ini semakin menjadi-jadi.

Apakah rakyat masih bersedia untuk membenarkan PR meneruskan agenda mereka yang hanya bertumpukan kepada kehancuran perpaduan, memperkosa hak-hak rakyat yang sebenarnya? Apakah rakyat sedar bahawa pakatan rakyat itu adalah satu pakatan jahat untuk membinasakan masa depan rakyat?

Apakah keistimewaan pembangkang setelah menjadi kerajaan negeri ?


Kerapuhan pakatan rakyat di Selangor mulai nampak goyang dan goyah apabila berlaku ketidakpuasan hati di kalangan ahli dan pemimpin India yang cuba mengugut untuk keluar dari parti dan menubuhkan parti lain. Keegoan dan sombong bongkak Menteri Besar Selangor kian terserlah apabila gagal menyelesaikan isu dalaman yang mengheret sehingga ianya tersebar luas kepada awam.

Inilah yang dikatakan cakap tidak serupa bikin dan indah khabar dari rupa. Bercakap dan berjanji memang mudah tetapi untuk melaksanakannya adalah satu perkara yang berbeza. Apa yang dicakapakan sememangnya tidak akan semudah untuk menunaikan. Inilah berlaku di negeri Selangor setelah hampir setahun pembangkang memerentah. Banyak perkara yang dijanjikan kini hanya tinggal janji.

Kini mereka bercakap lagi, kali ini memberikan penerangan mengenai mengapa mereka tidak dapat tunaikan janji mereka. Rakyat yang mengundi mereka kerana mereka mengimpikan janji yang telah ditaburkan oleh pembangkang akan bertukar menjadi satu realiti. Namun mereka terperangkap kini dalam satu mainan janji-janji fantasi pembangkang yang telah pun mereka nobatkan sebagai kerajaan.

Terus terang, apakah kelebihan kerajaan pembangkang yang rakyat negeri Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan kecapi sekarang setelah hampir setahun kerajaan pembangkang memerentah. Apakah rakyat Selangor kini mendapat sesuatau yang paling istimewa dari kerajaan pembangkang setelah setahun mereka merentah negeri Selangor? Apakah kehidupan mereka lebih baik dari dahulu ketika kerajaan negeri Selangor diperentah oleh BN? Apa yang kita kecapi di Selangor adalah alasan demi alasan, penafian demi penafian, kontreversi demi kontreversi setiap hari.

Manakah idea-idea dan perancangan yang terbaik Menteri Besar Selangor untuk rakyat negeri ini. Manakah kenikmatan yang mereka berikan setelah rakyat memilih mereka menjadi kerajaan. Pas hilang taring, PKR buntu tidak dapat mencari hala, DAP bertambah garang dan sombong. Kalau setakat projek pembaikan babi, penukaran Perdana Ke Camry yang jadi banggaan kerajaan Selangor dan kilang arak masih tersegam di Petalaing Jaya, ini bukanlah satu kejaayan rakyat. Ini adalah kejayaan pemimpin DAP dan EXCO Kerajaan Selangor. Tidak langsung ada perbezaan yang dapat kita nikmati malahan keadaan bertambah menjadi teruk lagi dengan perpecahan antara pemimpin pakatan ini yang kini nampak bertambah serious.

Kaum India sudah mula mempertikaikan kewibawaan Kahlid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Selangor Perak dan negeri bawah pemerantah Pakatan Rakyat adalah model sekiranya 916 tercapai. Inilah yang terbaik yang Anwar boleh lakukan kepada rakyat Malaysia. Jika Selangor yang mahu dijadikan roll model untuk kerajaan baru Malaysia, eloklah kita tanamkan saja mimpi-mimpi indah kita. Anwar gagal untuk memajukan negeri -negeri bawah pemerentahan Pakatan Rakyat, macam mana mahu perentah Malaysia. Fikirkan lah…………

Isu hudud, qisas: Khairy bidas Husam

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berhubung pendirian yang tidak konsisten dalam melaksanakan hudud dan qisas jika pakatan pembangkang memerintah.
Menurut Khairy, ketika berdialog di hadapan lebih 3,000 penyokong Pas di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Sabtu lalu, Husam menjelaskan parti itu tetap akan menegakkan pemerintahan Islam tanpa apa-apa syarat termasuk melaksanakan hukum hudud.

Namun katanya, pendirian Naib Presiden Pas itu berubah apabila mendapat bantahan keras daripada rakan dalam pakatan pembangkang yang menolak sebarang bentuk pemerintahan Islam di negara ini.

”Nada Husam mula berubah di mana beliau mendakwa Pas hanya akan melaksanakan pemerintahan Islam termasuk hukum hudud setelah mendapat persetujuan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

”Saya tidak faham pendirian sebenar Husam dan Pas yang mudah berubah semata-mata untuk menjaga hati dan terdesak dengan bantahan yang diterima daripada pakatan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pemuda UMNO Bahagian Temerloh di sini hari ini.
Menurut Khairy, percanggahan pendapat yang serius dalam pakatan pembangkang berkaitan isu itu membuktikan gabungan mereka amat rapuh kerana berlainan prinsip dan ideologi.

”Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membantah keras cadangan itu dan menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum Mac lalu,” katanya.

Pada sesi dialog itu Husam menegaskan bahawa Pas akan melaksanakan hudud dan qisas jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan di negara ini.

Namun selepas dikritik oleh DAP yang menentang hasrat Pas itu, Husam kemudian mengatakan hudud dan qisas akan dilaksanakan dengan persetujuan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Khairy dalam pada itu berkata, Pas sejak dulu lagi gemar mengeksploitasi isu-isu agama seperti pelaksanaan hukum hudud dan qisas sebagai slogan politik untuk menarik sokongan rakyat terutama menjelang pilihan raya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pemuda UMNO tetap akan menentang sebarang usaha kerajaan untuk menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) seperti yang dinyatakan syarikat konglomerat Sime Darby menerusi pemilikan saham sebanyak 51 peratus.

Beliau berpendapat, penswastaan IJN hanya akan menyusahkan rakyat berpendapatan rendah dan kakitangan kerajaan yang terpaksa berbelanja besar jika mendapat rawatan di IJN.

”Bantahan pelbagai lapisan rakyat seperti orang kampung, tokoh pendidik, aktivis masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuktikan mereka menolak untuk menswastakan IJN,” katanya.

Khairy menambah, IJN yang telah mencipta rekod perkhidmatan terbaik dan diiktiraf dunia perlu mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Mengenai persiapan menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, beliau menjelaskan, Pergerakan Pemuda UMNO sudah bersedia menggerakkan jentera menjelang penamaan calon pada 6 Januari hingga hari mengundi pada 17 Januari depan.

”Barisan Nasional (BN) berpotensi besar mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kerana calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh amat berwibawa dan dikenali oleh masyarakat di kawasan itu,” katanya. -Utusan

Pemimpin Hamas bersama 4 isteri dan 10 anak shahid dibom Yahudi

BANDAR GAZA: Jet pejuang Israel meneruskan serangan ke atas Gaza semalam, sehari selepas menggugurkan bom seberat satu tan ke atas rumah pemimpin Hamas, Nizar Rayyan, menyebabkan beliau dan 18 anggota keluarganya terkorban.
Menurut laporan, pesawat F-16 Israel membedil rumah lima tingkat milik Rayyan di kem pelarian Jabaliya dengan dua butir peluru berpandu menyebabkan beliau, empat isteri, 10 anak beliau, serta empat jirannya terkorban.
Letupan yang kuat itu menghumban mayat Encik Rayyan ke jalan raya, menurut para saksi.
Semalam, kumpulan militan Palestin berikrar menuntut bela di atas kematian Rayyan, 51 tahun, dan keluarganya.
'Kami tak akan berdiam diri sehingga kami musnahkan entiti Zionis,' kata seorang pemimpin Hamas, Fathi Hammad, di upacara pengebumian Rayyan.
Rayyan adalah pemimpin Hamas paling kanan terbunuh sejak Abdel Aziz al-Rantissi dibunuh Israel pada 2004. 'Semua pilihan kita terbuka, termasuk serangan bom nekad,' kata jurucakap Hamas, Ismail Rudwan.
Pesawat dan meriam tentera laut Israel melancarkan lebih 50 serangan ke atas 15 sasaran Hamas kelmarin.
Dalam taktik terbaru, tentera Israel menghubungi beberapa rumah memberi amaran kepada penduduk sebelum melancar serangan.
Pada sestengah kes pesawat malah melepaskan bom bunyi sebelum meranapkan rumah dengan peluru berpandu, kata para pegawai Palestin dan Israel.
Pesawat Israel turut menggugurkan risalah memberitahu penduduk nombor sulit dan alamat e-mel supaya mereka melapor lokasi roket militan kepada Israel.
Awal semalam, Israel menyerang 20 lagi rumah militan Hamas dan sekutu mereka. Malah sebuah masjid di Jabaliya turut dibedil kerana disyaki 'sarang pengganas' dan jadi tempat menyimpan roket dan senjata militan.
Dengan askar dan kereta kebal sudah berhimpun di sempadan Gaza, Israel membenarkan 300 warga asing, termasuk dari Amerika Syarikat, Russia, Turkey dan Kazakhstan meninggalkan Gaza.
Hamas berkata separuh mangsa yang terkorban anggota pasukan keselamatannya.
Sementara itu ribuan orang menunjuk perasaan anti-Israel di serata dunia semalam, termasuk di Pakistan, Afghanistan dan Indonesia.
Lebih 10,000 orang di Indonesia menyertai tunjuk perasaan anjuran Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Jakarta, mengutuk serangan Israel ke atas Gaza.
'Ini untuk menunjukkan kepada dunia rakyat Indonesia menyokong perjuangan rakyat Palestin,' kata timbalan ketuanya, Encik Hilman Rosyad Syihab. / Agensi

Friday, January 2, 2009

Pemuda BN tubuh tabung bantu Palestin


Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan penubuhan Tabung Barisan Bertindak Menentang Keganasan Israel sebagai tanda simpati serta kesungguhan negara ini membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, buat permulaan, Pemuda BN menyumbang RM100,000 kepada tabung tersebut yang diharap mampu mendorong sektor korporat negara ini untuk turut menderma.

"Kita dan Palestin bagaikan satu keluarga dan kesakitan yang dirasai mereka turut dirasai di sini. Kita akan membantu mereka bagi meringankan keperitan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tiga muka surat kepada Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh di sini hari ini.

Penyerahan memorandum itu diadakan selepas perhimpunan khas Pergerakan Pemuda BN yang disertai kira-kira 2,000 orang di hadapan kedutaan tersebut bagi membantah tindakan kejam rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza sejak kebelakangan ini.

Memorandum tersebut turut menggesa Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) segera mengarahkan Israel menghentikan kekejaman mereka di bumi Palestin.

Turut hadir Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican; Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Azizuddin Ahmad serta wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Khairy menjelaskan, penubuhan tabung itu diharap menjadi permulaan yang akan membuka mata rakyat negara ini serta badan korporat untuk turut sama menyumbang kepada tabung itu.


"Sumbangan kepada tabung tersebut merupakan satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pemuda BN yang perlu juga dilakukan oleh setiap sektor korporat negara ini.

"Ini tanggungjawab semua yang perlu dipenuhi. Ini juga suara Malaysia yang tidak pernah putus membantu saudara sendiri di negara lain," ujarnya.
Menurutnya, keamanan di Palestin akan tercapai segera seandainya mereka diberikan negara manakala Israel segera menghentikan kekejaman.


Note:

Kesungguhan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional dalam membantu keperitan dan kesengsaraan rakyat Palestin akibat tindakan kejam pihak Israel amat dibanggakan.