Kini selesailah pemilihan umno 2008 – 2011, dan telah kita ketahui keputusan barisan Majlis Tertinggi serta barisan kepimpinan Pemuda dan Wanita.
Kepada yang terpilih diucapkan tahniah, andalah yang cemerlang diantara yang terbaik. Kepada yang tidak berjaya anda sebenarnya tetap menang kerana telah berjaya menghidupkan demokrasi di dalam UMNO dengan sempurna dan selagi anda terus berjuang dengan UMNO selagi itulah anda tetap terbaik dan terpilih sebagai barisan wira dihati kami.
Dengan barisan kepimpinan yang terpilih serta teruji kewibawaannya diiringi pula dengan wadah-wadah pembaharuan, pastinya UMNO akan terus bangkit serta terus mendapat keyakinan dan kepercayaan rakyat.
Bagi memantapkan lagi UMNO dan untuk kepentingan semua, tugas pemimpin-pemimpin yang terpilih tersebut adalah untuk terus gigih berusaha bagi menterjemahkan wadah-wadah janji perubahan atau tranformasi kepada satu realiti. Ya, jangan sesekali dilupakan bahawa ianya perlu juga diserta dengan penerapan nilai dan semangat setiakawan yang rapat dan erat bagi memastikan objektif dan matlamatnya tercapai dengan sempurna.
Juga, adalah perlu dan penting bagi semua ahli melakukan perubahan dalam diri sendiri dahulu iaitu transformasi sifat dan sikap jika mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Madsudnya, kita semua perlu menanam di dalam diri kita sifat dan sikap yang positif dan elakkan berperasangka antara sesama sendiri. Tanamkan sifat-sifat Sid’dik, Amanat dan Fatanah. Anggaplah dengan berakhirnya sesi pemilihan UMNO ini sebagai titik noktah kepada tempoh ketabsuban yang keterlaluan kepada calon-calon masing-masing. Keutamaan sekarang adalah perubahan, penyatuan dan penyusunan semula barisan saf UMNO. Penulis juga yakin usaha ini akan lebih berjaya sekiranya di perkukuhkan lagi dengan penerapan formula dan wadah semangat setiakwan.
Marilah kita buktikan bahawa kita serius didalam usaha kita. Ayoh kita buktikan dan praktikkan kemantapan fomula dan wadah berani berubah serta semangat setiakawan yang telah digarap itu akan mendatangkan hasil dan matlamatnya….iaitu kejayaan..!
Dimanakah medan terbaik untuk kita mulakannya? Ya, di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang AI lah medan terbaik untuk kita mempraktik dan menguji kemantapan formula dan wadah baru kita. Inshallah…di situlah nanti kita akan lebor dan kuborkan barisan pembangkang.
Ayoh Para Bloggger Pro UMNO, kita ketepikan perbezaan, kita jadikan lokasi tersebut sebagai permulaan titik perjuangan kita sebenarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment