Saturday, January 30, 2010

PKR perlu kaji kerjasama dengan DAP

PKR perlu kaji kerjasama dengan DAP

PETALING JAYA 30 Jan. – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menggesa kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkaji semula kedudukan dan kerjasama parti itu dengan DAP di Pulau Pinang.

Menurutnya, setelah mendedahkan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai pemimpin cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya, kepimpinan tertinggi PKR perlu mengambil langkah terbaik demi kelangsungan parti itu.

Beliau yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, dasar yang dibawa Guan Eng sejak memerintah Pulau Pinang telah memberi masalah kepada pemimpin PKR di negeri itu yang kebanyakannya bertanggungjawab terhadap kawasan dan masyarakat Melayu.

‘‘Guan Eng kata dia khalifah, khalifah apa kalau gerai-gerai tanpa lesen milik peniaga Melayu ditarik balik dan premis mereka dirobohkan.

‘‘Tidak timbul persoalan mengenai tindakan saya seterusnya, cuma dengan pendedahan ini, saya serahkan kepada kepimpinan tertinggi PKR untuk mengkaji kedudukan PKR di Pulau Pinang,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

p/s: Ishhh kesian..tak lama dah tu….!!

Sunday, March 29, 2009

UCAPAN TERBAIK PEMIMPIN ULUNG.

Memang hebat…memang mantap…ucapan penutup/penangguhan yang di sampaikan oleh Presiden UMNO yang baru iaitu DS Najib Tun Razak bagi mengakhiri perhimpunan agung UMNO tempohari. Ucapan yang berlangsung lebih kurang sejam tersebut benar-benar memukau penonton di PWTC termasuk juga penonton di seluruh Malaysia.

Secara serios..secara bersahaja..juga secara berseloroh DS Najib Tun Razak telah berjaya menyampaikan mesagge dan isyarat yang beliau rasakan perlu disampaikan kepada semua perwakilan dan juga Ahli UMNO seluruh Negara.

Ibarat laksamana Hang Tuah lagaknya ketika beliau memberikan panduan dan pedoman kepada ahli UMNO bagi menyusun dan memperbetulkan barisan kepimpinan UMNO.

Juga ibarat Bendahara Tun Perak, dengan secara amat lembut dan hormat melontarkan pandangan kepada negarawan-negarawan Negara.

Dan ibarat seekor harimau lapar yang selama ini menyembunyikan kukunya telah mengaum… mengambur …dan menerkam mangsanya ketika mengkritik pedas pihak pembangkang.

Penulis percaya ini adalah ucapan yang amat mantap dan menyakinkan yang tentunya menyuntik semangat perjuangan kepada seluruh ahli UMNO.

Di akhir ucapan tersebut pewakilan dan pemerhati di PWTC bingkas bangun…sebagai mana saranan beliau sudah sampai masanya ahli UMNO bingkas bangun! Amat mengejutkan..satu respon spontan yang menunjukan bahawa ahli UMNO telah benar-benar bersedia untuk serta berjuang bersama dengan DS Najib.

Penulis amat yakin bahawa UMNO akan mengorak langkah kearah yang lebih baik di bawah kepimpinan DS Najib berserta dengan barisan safnya.

Pembaca boleh melayari pautan dibawah bagi membaca keseluruhan tek ucapan penangguhan tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm